HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST

29 February 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

8:52 PM 13 Comments
Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.



p/s : terjumpa dalam facebook & rasanya eloklah di share dengan kawan-kawan...semoga menjadi pedoman untuk kita semua...amin...

11 TIPS CEGAH RISIKO ASMA SECARA SEMULAJADI

8:14 PM 6 Comments


  1. pastikan kadar habuk dalam rumah berada pada tahap paling rendah
  2. pastikan pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik & bersih
  3. kurangkan membela haiwan di dalam rumah terutama jika ada anak kecil
  4. penggunaan air cond (pada suhu bilik @ suhu biasa) dan penggunaan 'air purifier' adalah digalakkan
  5. jadikan rumah bersifat 'asthma friendly'
  6. kurangkan pendedahan anak kepada cuaca sejuk.galakkan diorang untuk guna selimut
  7. jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai agenda tahunan yang wajib dilakukan
  8. pastikan anak diajak bersenam bersama & aktiviti renang elok untuk membantu anak bernafas dengan teknik yang betul.Bagaimanapun terus mengelap anak sehingga kering selepas berenang & segera pakaikan baju
  9. bantu anak mengekalkan berat badan yang ideal
  10. jauhkan anak daripada mereka yang merokok
  11. menyusukan anak secara eksklusif juga membantu mengurangkan risiko anak mendapat asma


27 February 2012

layan burger jadila...

9:05 PM 21 Comments



Malam ni layan burger je..nak makan nasi kan macam berat sangat...macam burger tak berat..hahhaa..kat belakang rumah ada 4 stall burger..yang ini aku kurang beli sikit....yang biasa aku beli tutup pulak..OBLONG dia sedap kot tapi murah la sikit RM3.50 je kalo nak dibandingkan MCD punya...


budak ni pulak bila dengar je aku nak beli burger terus masuk kete..nak ikut...rambut tu memang sokmo berserabai..asal kita ikat dia buka..mengamuk tak nak ikat rambut...geram sungguh....yang dibeli 2 bijik Oblong, burger ayam kosong 2 & benjo satu....tapi jangan ingat aku sorang makan pulak..agak-agak la kan kot lapar pun...untuk semua kat dalam rumah kecuali abah..dia tak layan semua ni...





happy birthday to you

12:09 AM 9 Comments


happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to yana,
happy birthday to you...

impian diri sendiri sempena bezday ini adalah untuk memiliki rumah sendiri..lebih berjaya dalam hidup di dunia & akhirat...dapat mendidik anak-anak sebaik mungkin...menjadi isteri yang sangat memahami & berbahagia hingga ke akhir hayat..semoga semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan...amin....


antara ucapan hari jadi yang terawal diterima...

26 February 2012

mengelamun bangkitkan stamina

11:53 PM 3 Comments

Mengelamun mungkin adalah sesuatu yang di anggap membuang masa...tetapi menurut penelitian beberapa orang di Darthmouth College membuktikan bahawa sepanjang mengelamun, otak dapat memproses isu penting yang tidak berhubung dengan apa yang sedang dilakukan.Mengelamun selama 15 hingga 20 minit dapat membangkitkan stamina, serta membantu fungsi otak lebih baik dalam mentafsir maklumat.Jadi kita boleh mengelamun tetapi jangan terlalu lama dan kembali ke alam nyata..Jangan jadi macam Mat Jenin pulak okay....:D


8:03 PM 9 Comments




Pengerusi & tukang belanja...
Makan-makan kat Batangkali 
sempena cuti lama minggu lepas-lepas...
lambat updated...
mood ke laut bila nak taip 
entry panjang-panjang....



Emak & Abah menikmati satay...
gambar ni je sempat snap pasal 
makanan lambat sangat sampai...
once sampai kami makan dengan
 tak sedar diri sebab lapar....huhuhu...



Satay yang mabeles..
tapi order sikit sangat.....


Gambar Haikal & Zila...


Yang ini adik ipar ...
Zinatul Iman & anak buah...
Nur Zara Alisya...


pandai posing dah kecik-kecik lagi 
pasal mama & abah dia kan 
photographer bertauliah..hehehe


My Princess.....Sofiya Hasya..
berserabai..rambut dah terburai sikit 
sebab tak reti dok diam...


yang botak ni pulak adik aku...Hamzuri....
gambar aku & syakira takde pasal 
aku lagi berserabai since syakira tido kat lengan aku...tapi sambil tu aku sempat snap jugak...:D 
buat kenang-kenangan suatu masa nanti...





Lembu Nak Jaga

6:44 PM 4 Comments



Aku terdengar lagu ni tadi..tak pasti motif sebenar..tapi macam suami yang kena queen control...yang tak best nya ada part-part yang tut......sikit so korang abaikan jela ye..aku just nak share pandai je diorang translate lagu ni sampai jadi cenggini....


25 February 2012

Walimatul Urus Yusry & Lisa - Bhg 1

12:42 PM 4 Comments



Promo Walimatul Urus Bahagian Pertama pasangan terhangat tahun 2012.....Yusry & Lisa Surihani....Jangan lupa untuk tengok secara eksklusif di Astro Ria Channel 104 malam ini 25 Februari 2012 jam 10 malam...tak sangka kan diorang ni bercinta dan akhirnya ke jinjang pelamin...semoga mereka berbahagia & kekal sehingga ke akhir hayat....:D

23 February 2012

hobi baru syakir haikal jadi photographer

1:25 PM 15 Comments

Jangan korang pelik pulak tengok gambar ni...
inilah hobi terbaru Syakir Haikal...tangkap gambar...
sebab dia rajin posing untuk aku...
pastu berjinak-jinak la nak tangkap gambar sendiri pulak..


Pantang lepa je kejap...
dia ambik handphone mulalah klik sana sini...



patung power rangers ni..disusun berbaris pastu start ambik gambar....yang atas tu sipi je kepala ranger kuning & nampak tangan dia sikit...


lawak je aku tengok gambar ni....


yang ni test tangkap gambar slipper dia dalam kete....


ini pulak syakira jadi uji kaji....
Syakira pulak sekarang rajin lepak tepi CPU ni...


Sambil orang tengah online & dengar lagu..
dia dok pelankan & kuatkan speaker....


Inilah antara hasil snap haikal..ada bakat ke jadi Photographer...hahahhah

22 February 2012

SUMPAHAN KUM KUM

9:51 AM 17 Comments

Korang dah tengok cerita ni...bagi aku macam cerita-cerita seram yang lain jugak...nak kata sangat takut pun tak la...cuma ada beberapa scene yang menyebabkan aku terjerit sebab terkejut...hohoho...bukan sebab takut ek...
meh aku story sikit....Mak si Adi ni sakit teruk & akhirnya meninggal dunia...kemudian bermulalah scene roh seorang perempuan (MILA) menganggu penduduk kampung & Adi sekeluarga....asalnya mila ni nak cantik & dapatkan pertolongan emak Adi..then mila terlanggar pantang iaitu tak boleh tengok cermin selama 44 hari...bila dia jumpa emak Adi...emak Adi suruh dia cari 9 orang anak dara sunti, bunuh & minum darah diorang...Mila jadikan adik Adi ni mangsa peratam & emaknya dapat tahu...Emak Adi umpan Mila ke tanah perkuburan lama & bunuh Mila...Mila pun bersumpah akan bunuh semua anak dara sunti dalam keturunan diorang....nak tahu lebih lagi korang tengok sini ye.....




Assalamualaikum...Kum...Kum....


FEENACAKES

9:14 AM 3 Comments



Cake ni bukanlah my peberet sangat..tapi kalo coklat moist tu hmmm....i like...macam cake kaler-kaler @ cuppies...egg tart...yang tu sume aku tak berapa sangat...tapi my sis - zila & my kids like it so much...dekat kedai belakang rumah aku ni memang ada 2 buah kedai cake sudah tapi yang ketiga ni menarik perhatian sikit....sebab menggunakan produk muslim...so bagi orang islam macam kita takdelah rasa was-was kan...siap letak dekat papan tanda nama tu lagi....


Untuk cubaan kali pertama - 3 bijik cuppies..
1 egg tart & b bijik mini cuppies...


diorang ni ada blog tau...





21 February 2012

LItTLe cHEF gIVEAwAY

8:25 AM 5 Comments



Kali ini GA yang sangat simple..daripada Mummy Ayu...sempena Bezday anaknya Ian...nak join klik banner @ sini

syarat
1. follower Mummy Ayu
2. tak payah buat entry, just tinggalkan nama anak korang yang berumur 8 tahun ke bawah sahaja dekat comment box entry GA ini...
3. mulai 20/02/2012 hingga 29/02/2012

jangan lepaskan peluang kali ini 
hadiah untuk anak-anak le pulak okay...

20 February 2012

KEREPEK NGAKU

5:14 PM 14 Comments

Rentetan daripada jeles melihatkan ramai yang buat entry betapa sedapnya NGAKU ni...rasa hati macam nak try jugak la...tapi tak nak beli banyak..risau tak menjadi @ ramai tak makan...




Lepas dikupas & dibasuh...get ready nak parut nipis-nipis...dapatlah dalam sepuluh biji...satu macam dah lembik sikit..so tinggal sembilan jela...


Lepas dah nipis tu apalagi....stanby kuali & panas minyak....zupp.....masuk semua dalam kuali...kacau-kacau bagi garing sikit....pada siapa yang dah biasa buat kerepek NGAKU ni kan perasan tak bila dah nak garing tu dia akan letup-letup sikit...makna kata dah boley angkat la tu....dua kali aku try perkara sama jadi....



Tadaa...siap sudah...memang sedap bangat...tak payah dibubuh perisa apa pun...tak cukup-cukup pulak pasal sikit sangat kan...adalah dalam semangkuk kecil je...nanti kita buat secara besar-besaran pulaks....:D

korang dah terima ke belum hadiah tu....

10:48 AM 11 Comments


Hadiah-hadiah untuk Giveaway Sticker Kereta Aku telah pun dipos minggu lepas...tapi sebab bizi yang amat aku tak sempat pun nak updated entry...so....menjelang hari ini @ esok rasanya semua hadiah tu akan diterima oleh tuan punya badan....Pada sesiapa yang tak terima sampai hujung minggu ni silalah menghubungi aku..manalah tahu tersadai kat tengah jalan pulak hadiah tu..heheheh.....



Pos Box dekat dengan Office aku.....nak pergi pejabat pos besar tak cukup masa nanti delay lagi pulak hadiah tu so..aku pos kan dekat sini sajork....TQ again pada yang sudi jengah blog aku & menyapa aku..... :D



BUFFERED EARNINGS

10:35 AM 10 Comments



Setelah lama BE ini menyepi akhirnya bila buka Mr Nuffy semalam dapat BE baru...Satu je tapi alhamdulilah la kan..ado jugak daripada takdo langsung....hehehe....Aku confirm korang yang lain tu @ yang lebih otai dah biasa sangat dengan BE ini...siap ada 5,6 BE sekali...aku ni kan baru nak belajar so dapat satu ni pun kira sangat exited kot....Actually aku pun tak berapa pasti BE ini berfungsi macam mana...bila kita klik baru ada earning @ just masuk page orang tu pun akan dapat earning..kadang-kadang bila BW aku klik-klik Mr Nuffy diorang kadang-kadang terlupa...siap patah balik klik dulu...hehehe....apa-apa pun sangat berterima kasih dengan Mr Nuffy...Kalau sesiapa yang belum ado tu jom singgah sini....

BE - Buffered Earning
BW - Blogwalking
Mr Nuffy - Nuffnang






  





19 February 2012

ALAHAI ANAK IBU SORANG NI...

2:39 PM 70 Comments

Actually Syakira tak berapa sihat...nak kata demam pun tidak cuma batuk & selsema kuat...Rasanya dia nak "membeli lagi ni"....nak berjalan kot....


Lepas tu asyik nak berdukung jela..letak salah...masuk buai salah...saja aku letak dia bagi baring atas lantai...bengang sungguh dia...nangis sampai tak henggat....


Close Up sikit...pergi farmasi nak beli ubat diorang tak kasi...katanya baby bawah 2 tahun tak boleh kena refer doctor dulu...hope Syakira cepat sihat & cepat berjalan...bulan depan nak sambut bezday ni...kenalah cepat jalan....:D

Tilu - Bukan Cinta Monyet

9:11 AM 5 Comments




Semua orang pernah mengalami perasaan jatuh cinta dalam hidup ni kan...bezanya berapa kali cinta itu cinta yang sejati @ hanya sekadar cinta monyet sahaja...cinta sejati hingga ke akhir hayat...cinta monyet hanya sekadar gurauan...terpulang kepada yang menilai....

18 February 2012