HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST

09 September 2009

daging masak karipulek ( daun karies.. )

11:07 AM 2 Comments
bahan-bahannyer..
bahan (A)
2 kg daging
1/2 cawan kicap
1/4 cawan cuka
1/2 cawan gula
( bahan ( A ) di atas diperap 1 jam )
1/4 botol cili sos
1 cawan pati santan ( 1 biji kelapa )
bahan (B)
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia
( bahan (B) di atas diblender )
2 inci lengkuas diblender
3 sudu kerisik
2 cawan daun karipulek ( daun kari )
serai - diketuk pecah2 jek
15 tangkai cili kering @ 4 sudu serbuk cabai
1 sudu rempah kari
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 biji buah keras
5 biji buah badam
( bahan diatas ditumbuk )
bahan (C)
secubit jintan manis
secubit jintan putih
2 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
( ini pulak ditumis bersama )
sekarang cara2 membuek nyer pulak..
dagimg dipotong nipis, basuh dan toskan
perap bahan A selama 1/2 jam
serbuk cili @ cili blender + rempah dibancuh dengan air
tumis bahan C kemudian tumis daun kari, serai dan masukkan bahan B
kacau dan masukkan rempah + cili blender, masukkan bahan A
masuk badam + buah keras + sedikit air dan tutup.
tunggu sampai empuk masuk pati santan + cili sos + garam + serbuk perasa
kacau dan biar sekejap,rasa aper yang kurang tau lebih pastu tokok tambah..
last skali biler dah agak empuk dan kering. blehla diangkat dan hidangkan...
di bulan yang mulia ini mana nak tau kot2 nak tukar selera..masakan macam nih sodap nih...sila ler mencoba...