HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST

14 December 2011

# reSepi

Triffle


Weekend hari itu aku ada try buat satu juadah yang aku ambik resepinya daripada blog MILOAISKURANGMANIS




2 gulung swiss roll dipotong 
dan susun di dalam bekas macam ini...




Panaskan 1 tin susu cair dengan 1/2 tin air sehingga mendidih & apabila susu dah 
mendidih masukkan bancuhan tepung kastad, 
gula dan kacau lagi sampai pekat
( 5 sudu tepung kastad 
bancuh dengan 1/2 tin air )
sukatan eloklah menggunakan 
tin susu cair tu ye..
pastikan adunan sentiasa dikacau 
supaya tidak berketul-ketul & 
masak sehingga adunan 
berbuih macam dodol tu..



Lepas dah masak, tuangkan adunan
kastad di atas swiss roll macam ni &
sejukkan di dalam peti ais


Bila dah sejuk, taburkan fruit cocktail
( isi sahaja)
boleh jugak kalau nak guna
nata de coco ..
actually aku memang nak guna
nata de coco tapi mencari kat
kedai belakang rumah tak jumpa..
so kita guna fruit cocktail je... 


Masak serbuk jeli mangikut arahan di kotak & kemudian tuangkan ke atas adunan kastad itu.. 


Sejukkan lagi dalam peti ais &
boleh dimakan...
Tadaa..inilah rupanya Triffle kita... 


Aku buat ni dah terlembik sikit...
tak tahulah kat mana yang tak betul..
tapi still sedap & my kids love it very much..

Mudah je korang kalau nak try..Selamat mencuba & menjamu selera...
Credit to Kak miloaiskurangmanis
:D TQ kak ambil resepi..


1 comment:

Tie HT said...

Tahniah..menajdi tu, yang akak duk cakap je nak buat macam kak milo ni, nak buat macam kak ina dodo cheng masak tp tk buat2 pun..hebat yana..jum join GA akak nanti :)