HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST

24 October 2011

# sinetron

Air Mata Nursalina


Ini review cerita malam tadi aku tengok kat TV3...
Air Mata Nursalina..Tragis betoi ceritanya...


Lakonan Umie Aida




dan Remy Ishak


Mengenai Afka ( Remy Ishak ) & Salina ( Umie Aida ) saling mencintai dan kahwin lari...
Permulaan hidup bahagia & Hepi sebab dah buka bisnes.. 
Maknanya diorang berjaya hidup sendiri 
walaupun mendapat tentangan keluarga
Dapat pula seorang cahaya mata..
penambah kasih Sayang suami Isteri..

Then datanglah ujian Allah bila Afka asyik gila berjudi..
hasutan daripada kawan (aku lupa nama dia pasal dia jahat ) lakonan Adi Putra yang pernah syok kat isteri si Afka ni..
kawan sekampung jugak..

Punya lepas gian berjudi sampai akhirnya Salina terpaksa bersalin sendirian di dalam teksi ODW nak pergi Hospital..
Call Afka tak dapat-dapat..

Syarikat pun kena sealed sebab tak dapat bayar sewa..
last-last rumah pun kena sealed..
duduk merempat kat rumah setinggan hasil belas 
kasihan seorang kawan...

Mula-mula okay bila dah insaf sikit lepas tu jumpa balik dengan kawan yang asyik menghasut Afka berjudi sehingga dia sanggup beri kebenaran kawan dia bermalam dengan Salina 
sekali gara-gara nak bayar hutang...


Ini part Afka pijak perut Salina sebab nak kan barang kemas untuk di gadai...( tak guna betoi laki macam ni )




ini Salina di dalam penjara kerana membunuh suami sendiri..
Salina dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..
Salina ni adalah seorang perempuan yang sangat naif dan menyayangi suami dan anaknya..sanggup berkorban apa sahaja demi mereka...dia bunuh suami dia pun sebab si Afka ugut nak bunuh anak diorang..aku memang tak faham lelaki jenis macam ni..
bagi aku bodoh sebab ikutkan ego diri sendiri 
dan menyusahkan anak bini...


Selanjutnya silalah saksikan sendiri ye..
Google la mana ceruk untuk tengok...:D


aku suka Remy Ishak ni tapi dalam cerita ni meluat sungguh..menyampah aku...
( kira lakonan dia berkesan la kan )...

Moral of The Story 

jadilah suami yang baik yang boleh dibuat tempat bergantung..
jadilah suami yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga..
jadilah seorang suami yang penyayang untuk anak & isteri..

4 comments:

notti netti said...

huhu konfem acik takmo tgk citer2 penganiayaan cenggini..huhuhuhu acik cepat hangin skit....mau tibi tu acik tumbuk kang..ngeh ngeh ngeh

Tie HT said...

tgk gak smlm cite ni...boleh laa..so so.

shahdiana said...

notti netti & tihara

yana sampai mengalirkan air mata at last....

QasehnyaRania said...

tengok citer ni.geram je kan