DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF
*Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf
*
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada *surah nabi yusuf*.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Maksud Surah Yusuf Ayat 4 (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:
""Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku""
*Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf*
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya: "dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu."
Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.doa pengasih,doa penyeri wajah muka, doa pemanis wajah muka
Peringatan - Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan *doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf*
ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
1 comment:
akak pernah terbaca dalam satu artikel
dalam sebuah majalah agama
baca al Quran tu cahaya rumahtangga..
cuba amalkan 2 muka selepas setiap solat..insha Allah
dan surah al-Waqiah sesudah maghrib..
wallahualam
Post a Comment