Followers

20 February 2014

Sabar jelah wahai ibu...



Selamat pagi semua..macam mana keadaan cuaca kat tempat korang...

Dekat Ulu Kinta ni cuaca mendung betul...kalau hujan alhamdulilah kan...takde la panas sangat...maklumlah sejak akhir-akhir ni panas betul cuaca...tak tahan rasanya...macam nak dok dalam ekon je semedang...

Nak story pasal anak dara saya & nak minta tips....setiap hari balik je sekolah mesti nak beli aiskrim...hari-hari makan aiskrim...walaupun time nak pergi sekolah tu saya dah pesan jangan makan aiskrim..tapi bila balik keje petang mesti mak saya cakap dia makan aiskrim...

Kadang-kadang bila dia tak minta makcik yang ambil dia balik sekolah pulak yang offer...nak cakap pun susah...lagilah dia suka...ada sekali tu bila saya tanya dia cakap abah bagi duit...bila abah saya balik...saya tanya & abah saya cakap manada bagi duit...bila saya marah dia baru dia bagitau dia cakap macam tu supaya saya tak marah...aduhai dah macam pandai nak berbohong la pulak...geram betul saya...

walau macam mana berjanji pun dengan saya tapi mesti dia nak beli jugak aiskrim...memang la Sofiya ni macam kuat sikit antibodinya...tapi saya tak nak la galakkan makan aiskrim setiap hari pulak...dah tentu-tentu ada side effectnya kan...bukan jugak saya ni melarang sangat...sebab kadang-kadang bila kluar saya sendiri akan belanja diorang aiskrim..cuma saya tak nak jadikan satu habit je...

ada sekali tu pulak dia kata kawan belanja..aduhai lagilah saya pening..dah pandai berbelanja bagai pulak...ada sekali lagi atok kawan dia belanja...mana tak nya dah dia dok mengendeng orang tu..mestilah tok budak tu belikan satu aiskrim untuk anak saya kan...sebab kalau saya pun saya akan buat perkara sama...budak-budak...

saya faham masa budak-budak nilah pun nak makan aiskrim takkan dah besar panjang baru nak beria makan aiskrim kan...tapi saya cuma tak nak jadikan itu habit si Sofiya ni je...susah betul lah dia ni...bila saya cakap tu ada je nak menjawab...kadang-kadang dia kata ala ibu....takkan itu pun nak marah...memang la kalau difikirkan perkara kecik je kot makan aiskrim..tapi saya macam membesar kan cerita...masalahnya saya fikir jugak masa depan dia tak nak la awal sanagt dapat penyakit..kencing masnis kerr...

Sabar jelah wahai ibu....panjang betul catatan saya pagi ni..mungkin sejuk lebih kot dengan keadaan cuaca...hihihih
TQ kepada yang sudi baca & singgah sini... :D

1 comment:

QasehnyaRania said...

cer akak try buat eskerim malaysia simpan kat rumah
tak pon buat eskerim sendiri..
xlist dpt kurangkan dri dia beli kat luar n mula berdolak dalih tu..

saya doakan smga dipermudahkan semuanya..aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...