Resort Gempak Di Pulau Redang
Laguna Redang Island Resort
Korang!! Jom pergi bercuti di Pulau Redang di Terengganu. Serious!! Pulau Redang adalah antara lokasi percutian yang terbaik untuk korang pergi especially antara bulan Mac hingga Oktober sebab cuaca masa ni memang terbaik. Confirm korang akan terpegun dengan keindahan pantai yang bersih dan nyaman serta laut kebiruan dan jernih. Kat sana, aku cadangkan korang menginap di Laguna Redang Resort. The best resort untuk korang stay!! Sesiapa yang drive dari Kuala Lumpur boleh park kereta di kawasan Jeti Shahbandar, Kuala Terangganu. Kat sinila korang nak ekses ke Pulau Redang dengan menaiki feri. Dari jeti nak ke Pulang Redang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.
Terdapat beberapa jenis bilik Di Laguna Redang Resort iaitu Standard, Deluxe Garden, Deluxe Pool, Deluxe Sea atau pun Premier Sea dan Laguna Suite. Korang yang nak tempah standard room kena cepat grab sebab bilik jenis ni tak banyak. Ada 10 unit jer. Bilik ini dilengkapi dengan tiga katil bujang. korang datang sini tujuan nak selam tu boleh tempah bilik ni okeh! Sebab bilik ni bersebelahan dengan pusat selam. Sesuai la kan. Korang nak pergi pantai pun tidak lah jauh sangat. Dalam 200 meter jer jarak perjalanan nak ke pantai dan lobi utama. Deluxe Garden pula menyediakan 172 unit. Bilik ini betul-betul menghadap taman lankskap yang super-duper awesome. Confirm tenang je bila lepak bilik ni. Anggaran size lebih kurang 400 kaki persegi.
Standard Room
Dive Centre
Deluxe Garden
Deluxe Pool room pula menghadap pool yang sangat besar. Haa yang bawa budak-budak tu get ready la dengan rengekkan dorang yang excited nak mandi pool. Hahaha. Size bilik sama je dengan Deluxe Garden. 28 unit Deluxe Seaview menjanjikan view yang mendamaikan. Deluxe seaview ni berlatarkan pemandangan pantai berpasir putih dan lautan biru. Premier Sea room mempunyai 12 unit sahaja. Bilik ni juga menghadap pantai berpasir putih dan lautan biru seperti Deluxe Seaview. Yang membezakan ialah jenis katil dan balkoni yang lebih luas dan kedudukan menghadap laut yang lebih strategik. Jom tengok pula bilik jenis Laguna Suite. Bilik ni memang sesuai untuk family yang ramai. 4 unit suite ini menawarkan katil size king, tab mandi, ruang tamu dengan set sofa dan balkoni mewah yang sangat ler besar. Anggaran size 800 kaki persegi.
Deluxe Pool
Deluxe Seaview
Premier Sea
Dari segi facilities yang disediakan untuk semua jenis room same jer. Antaranya ialah kipas syiling & penyaman udara, kemudahan bancuh kopi dan teh, ada tv (siaran TV tempatan dan In-house Filem), pemain DVD, pengering rambut, peti sejuk kecil, private balkoni dan peti keselamatan. Bagi pendapat aku, kalau korang nak jimat atau datang untuk buat aktiviti scuba diving better pilih Standard room. Yang bawa anak-anak tu pilih bilik Deluxe Pool. Bagi yang inginkan ketenangan pilih Deluxe Garden atau Deluxe Seaview. Yang datang untuk berhoneymoon tempahla di Premier Sea.
Oh ya, setiap bilik tiada perkhidmatan wifi. Jadi, bila korang nak guna wifi dan internet bolehlah ke lobby area. Selain itu, pihak resort ada menyediakan perkhidmatan kesihatan. Baguskan. Bukan semua pulau ada perkhidmatan ni. So rasa selamat sekiranya ada sebarang kecederaan atau masalah kesihatan. Klinik tersebut di buka dari 9 am hingga 5 pm.
Lobby Area
Medical Bay
Kat sana korang tak perlu risau bab makan. Ada beberapa restoren yang boleh memenuhi citarasan korang antaranya ialah Restoren Sang Suria Buffet. Restoren ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari hidangan tempatan sehinggalah makanan barat. Waktu operasi breakfast ialah 7.00 am hingga 9.30 am, lunch hour dari pukul 12.00 noon hingga 2.30 pm manakala dinner pada pukul 7.00 pm hingga 9.30 pm. Selain itu ada Retoren Sri Serai Ala Carte. Restoren ini served setiap hari Authenthic Malaysian cuisine dan wastern. Waktu operasi dari pukul 6.00pm hingga 11.00 pm. Yang rindukan roti canai dan teh tarik yang sedap. For sure!! Boleh ke Warong Food Court yang dibuka setiap hari dari pukul 5.30 pm hingga 12.30 pm.
Restoren Sang Suria Buffet
Restoren Sri Serai Ala Carte
Warong Food Court
Sebelum pulang, singgahlah di More More Tea Inn Gift Shop untuk beli soovenir. Sebenarnya banggunan ini dibina untuk set pengembaraan sementara bagi filem Hong kong “Summer Holiday” pada tahun 1999. Disebabkan persekitaran cuaca membuatkan banggunan tersebut mudah terhakis. Tahun 2003 pihak Laguna Redang Island bina dan baiki balik dan jadikan bangunan tersebut sebagai Gift Shop. Macam-macam souvenir items, handicraft, apparel dan accessories yang menarik.
More More Tea Inn Gift Shop
Keseluruhannya penginapan di Laguna Redang memang tampak mewah dan mahal tapi actually korang boleh dapatkan harga yang berbaloi tau.Nak dapatkan harga yang murah dan berbaloi? Cepat-cepat book Redang Island Resort on traveloka sekarang!!
1 comment:
wahh bestnya :)
mcm nak p jak sna
Post a Comment