Nak cerita tentang rambut saya yang dah kurang gugur...rahsianya sebab saya minum Ephyra..ada baca testimoni ni dalam blog IntanBerlian n saya pun tertunggu-tunggu bila nak rasa sendiri pengalaman ini...
Sejak dah beranak tiga ni memang hebat betul penangan rambut gugur saya...naik tension bila nak basuh rambut...dua tiga hari minum Ephyra saya tak rasa sangat tapi ni dah sekotak trial pek tu habis n saya dapat tengok sendiri memang dah kurang gugur rambut saya....
Kalau nak kata tak gugur langsung itu menipu namanya...hehe tapi memang kurang sungguh..adalah sikit sangat...tak la macam selalu sampai berbelit- belit jari saya...haha...Keizinan dari Allah juga....
Tak sabar nak tengok perubaan lain yang terjadi pada saya bila minum Ephyra ni...nanti saya hapdet lagi ok...kalau nak order contact je Zarina IntanBerlian..sori saya serba susah nak boh link sebab guna handphone ni...tapi rasanya sapa yang tak kenal InanBerlian kan...hikhik....
Oh ya...rasa Ephyra ni memang sedap tau..rasa oren sangat...rasa nak minun dua tiga pek sekali...hahahaha....
28 December 2013
Terubat rasa rindu menghapdet blog bila saya dapat juga update tapi guna handphone jela...nak menaip tu memang hazapp rasanya ditambah pulak dengan typing error..tak boleh nak edit..tak reti nak boh label..
So kalau korang baca entry yg macam skema je tu paham-paham jela ye...hihi...at least takde la saya dok peram entry saya ni...haa..satu lagi nak boh gambar pun payah...
Apa nak kata berukben saya dah over limit...huahua...baru lepas layan Maharaja Lawak Mega...kelakar tak henggat Sepahtu..Shiro n Jambu.....Good nite semua.....
26 December 2013
Saya dah try Ephyra
shahdiana
11:39 PM
2 Comments
Mesti ramai antara korang pernah dengar tentang produk Ephyra kan..betul tak spelling saya...
Sebenarnya nak bagitahu yang saya tengah mencuba produk Ephyra ni..saya beli daripada Zarina IntanBerlian... saya try yang pek percubaan dulu..itupun sebab Ina berjaya mempengaruhi saya dengan testimoninya...adalah daam 8 hari dah saya try...ada perbezaan tak??? haruslah ada cuma sikit n banyak la..tapi saya tak nak story dulu..saya cerita next time okay...
Nak bgitau ni saya beli dengan harga kasih sayang daripada Ina tau...hihi..Ina lepas ni yana nak order lagi ye..
p/s - saya dah boh link blog ina dekat entry ini....
sofiya masuk PRA SEKOLAH
shahdiana
11:15 PM
2 Comments
Nak cerita pasal puteri saya yang selalu mengaku cantik tu.. tahun depan ni Sofiya dah masuk 6 tahun.. bermakna bermulalah tadika yang sepatutnya untuk dia.. maknanya takda main-main dah.. kena bersungguh sikit.. Saya dah daftarkan Sofiya ke Pra sekolah dekat Sekolah Haikal.. konsep dia macam sekolah betul tapi pendedahan lebih kepada play school.. tak terlalu tegas n bukan jugak untuk bersantai-santai...
Kalau ikutkan sebelum ni kan Sofiya sekolah dekat Tadika Intelek kan... cumanya dia ni mcm nakal sikit.. jadi saya tukar kan ke Pra Sekolah tahun depan ni.. harapan saya supaya perangai dia yang agak nakal tu akan kurang sikit bila bergaul dengan kawan- kawan baru disamping dpt belajar corak pembelajaran baru.. hihihi..
Hari isnin yg lepas saya dah pun daftar n dengar taklimat untuk Pre School ni..agak baik sebab diorg dah siapkan aktiviti sepanjang tahun 2014 nanti tau... so anak ibu.. harapan ibu Sofiya dapat suasana belajar yg baru.. kawan baru.. cikgu baru.. doa ibu anak ibu jadi lebih gegel n lemah lembut... jadi anak yg baik ye Sofiya....
Nanti saya upload gambar Sofiya dengan uniformnya.. hihi...
Labels:
2014,
anak anak,
cuti,
hasya,
MYKIDS,
pra sekolah,
sekolah,
sekolah jelapang
18 December 2013
Kekecewaan
shahdiana
11:37 PM
4 Comments
Dalam rasa kekecewaan yang amat mendalam ini..cuba bermuhasabah diri..bahawasanya banyak lagi perkara yang lebih buruk yang terjadi pada orang lain jika dibandingkan dengan diri ini...cuba untuk memikirkan secara positif biarpun hati tetap bersedih dan terdetik kenapa saya yang perlu terima semua dugaan ini...
Dan terfikir lagi...Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri...Sabar okay...ini bukan brmaksud berakhirnya hidup cuma mungkin untuk menjadikan saya lebih kuat dan tabah lagi...










