HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST
Showing posts with label kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label kecantikkan. Show all posts

04 July 2014

Minum Ephyra Di Bulan Ramadhan Ini

11:00 AM 2 Comments



* gambar ihsan gugel *



Semalam saya dah pun terima 
Trial Pack ephyra saya yang dibeli daripada 
TQ ina..malam tadi lepas berbuka nak minum 
tapi dah pack sangat perut saya ni...
so masa bangun sahur tadi saya minum jugak
 di minit-minit terakhir 
sebelum orang nak azan tu...
saya share jugak dengan adik saya, emak & abah...
manalah tahu berkat bulan puasa ni 
badan bertambah segar & kurang penat kan...
senanglah nak beramal ibadat..
kulit pun lebih glowing mowing..
hahaha...Inshaa Allah ada perubahan ketara 
nanti saya updated di sini..
buat testimoni & rujukan di masa akan datang... :D

03 January 2014

Ephyra...Ephyra...Ephyra...

9:20 PM 3 Comments


Nak cerita lagi tentang Ephyra...semalam saya ada repeat order dekat Zarina IntaNBerliaN...Trial Pack je pun...sepatutnya sampai hari ini tapi barang yang ditunggu tak sampai-sampai..saya pun tanyakan Ina sebab katanya yang order sekali dengan saya dah sampai...

Perasaan amatlah frust sebab tak sabar nak menikmati kelazatan minuman kecantikan ini di samping mendapat faedah-faedah yang lain...dah terasa-rasa dekat tekak saya ni Air Ephyra yang berperisa Oren tu....

Kesimpulan yang saya buat mungkinlah esok @ isnin...dengan rasa frust tu saya pun keluar ambil Haikal balik sekolah petang tadi...sampai je rumah jiran sebelah panggil & tanyakan kalau saya ada menunggu parcel..rasa nak melompat..seronoknya...Ephyra yang ditunggu telah sampai...rupanya jiran saya yang tolong ambil padahal saya punyalah tunggu dari pagi lagi... :D

So...jangan jeles ye malam ni saya nak minum Ephyra yang sangat lazat ini sambil feeling-feeling cantik gitu...hahahaha...boleh pulak cenggitu kan...tapi apa salahnya nak berangan...sebab semua tu bakal jadi kenyataan..wah..Kenyataan yang panas...

Tak lupa kepada sesiapa yang nak merasainya jugak contact la Zarina ye...harga kasih sayang menanti anda


Parcel yang ditunggu-tunggu


Setiap kali beli dapat risalah yang ada 
semua persoalan & jawapan yang ingin kita tanyakan


Kotak Kedua saya


Tak sabar nak minum  :D

28 December 2013

DOA PENYERI MUKA & WAJAH

3:39 PM 1 Comments
DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF

 *Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf * 

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada *surah nabi yusuf*. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat) 

Maksud Surah Yusuf Ayat 4 (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: 

""Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku""

 *Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf* Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39. 

Maksudnya: "dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu."

 Caranya: 
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.doa pengasih,doa penyeri wajah muka, doa pemanis wajah muka

 Peringatan - Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. 

Gunakan *doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf*  ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.