29 April 2012 yang lepas ada karnival dekat kawasan rumah saya anjuran Rukun Tetangga Taman Meru 2B...macam-macam aktiviti ada dianjurkan untuk penduduk kawasan ini beramah mesra & mengeratkan lagi silaturahim...
Ada pertandingan Karaoke...
Saya sempat jenguk sekejap dengan budak berdua tu...Syakir, Sofiya & abah saya...
Disini tempat pendaftaran untuk semua aktiviti kepada sesiapa yang berminat nak join
Ini pulak pertandingan buat manisan @ pencuci mulut yang berasaskan agar-agar @ puding...
Ini antara yang menarik minat saya....
DOLLY DELITE...pepel lagi kalernya...
rasa sayang nak makan...
Yang ini pun nampak menarik...tak sangka kreatif jugak penduduk Taman Meru 2B ni kan...
Ini pulak gubahan hantaran...
Kapal layar...
Buah-buahan
Nampak macam singgahsana..yeke...
Yang ini agak menarik minat saya....
bunga besar dua kuntum...
kaler pun cantik & terang...
Ini pulak memasak Ikan taucu..
tak kiralah bagaimana rasa &
guna ikan apa asalkan masak Taucu...
notes - Lupa nak bagitahu abah saya menang karaoke lagu-lagu lama tempat ketiga..hadiahnya saya ada snap tapi tak upload pulak kat sini...cayalah abah..:D






















