kedai rakyat 1 malaysia..dekat area rumah aku ada kedai ni...nak jugak tengok apa kelebihan & kekurangan kedai rakyat 1 malaysia ni...kedai rakyat 1 malaysia ni diilhamkan oleh PM kita..Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak...menjual pelbagai barangan keperluan asas... kira dengan adanya kedai ini kos sara hidup seharian kita dapat dikurangkan...dan kita masih mampu beli semua yang sebelum ni mungkin kita tak beli disebabkan harganya yang tak mampu ditanggung oleh kita..sasarannya adalah untuk golongan berpendapatan rendah @ keluarga yang besar...
jadinya aku pun menjengah kedai rakyat ini...shower cream ini ada dalam 2 flavor...hahah..macam minuman pulak..satu susu kambing & satu lagi bunga matahari...aku beli bunga matahari & harga cuma RM 4.70 sahaja...
yang paling menarik perhatian aku adalah trolley dia...bakul yang diletak pemegang...macam trolley bag size kecik....cute sangat...
ais krim pun ado jugak..yang ini ada macam-macam flavor...tengok ini perisa jagung manis & untuk bekas kecik ni cuma RM1.99 sahaja...murah kan..berbeza dengan yang ada di pasaran...itulah maksud yang aku cuba terangkan kat atas nun...kalau keluarga besar mesti tak mampu nak makan aiskrim selalu tapi dengan adanya aiskrim 1 malaysia ni....2 minggu sekali boley kot...:D
barang-barang yang siap dibeli...tak banyak pun pasal nak test jek & kebetulan singgah so tak bawak duit banyak...hahhaha..macam banyak sangat nak beli...
tadaa.....
shower cream 1 malaysia...
bihun 1 malaysia
laici dalam sirap 1 malaysia
krimer 1 malaysia &
telur 1 malaysia...
aiskrim tak boley beli pasal haikal tengah batuk..huhuhuh
inilah kedai rakyat 1 malaysia di manjoi perak berdekatan rumah aku..dekat perak ni ada 5 buah kedai rakyat 1 malaysia ni....dekat manjoi..dekat bidor..dekat bagan serai..dekat parit buntar & dekat teluk intan perak...nak tahu kedai rakyat 1 malaysia kat tempat korang ????? mai singgah sini





















