Followers

30 December 2013

Last Minute Preparation

Pejam celik dah tinggal kurang seminggu nak buka sekolah..sejak dari minggu lepas lagi dah sibuk dgn pendaftaran n taklimat Prasekolah Sofiya Hasya..beli uniform dia..tapi tinggal sepasang je...yang lain kena tunggu buka sekolah baru sampai... Jumpa cikgu kelas Haikal untuk bayar yuran darjah dua...beli buku-buku dia...latihan n aktiviti... Bawa budak berdua tu beli kasut sekolah...Syakir Haikal 2 pasang n Sofiya Hasya sepasang dulu...Haikal rembat Ben 10 & Bola Kampung...Sofiya pulak of course Barbie....beli stationery sikit2...n lain-lain kelngkapan.... Minggu terakhir cuti sekolah ni saya kena balut buku..siapkan semua last preparation budak berdua tu...cuma setakat ni saya tak dapat lagi siapa yang nak ambil Sofiya time blik sekolah...dia habis tngahari n rasanya pakcik yang bawa Haikal ke sekolah tak boleh nak ambil Sofiya balik sekolah sekali..pening juga nak fikir... Ada lagi satu bab..nak daftar Sekolah Agama Rakyat Haikal... ;-)

28 December 2013

DOA PENYERI MUKA & WAJAH

DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF

 *Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf * 

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada *surah nabi yusuf*. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat) 

Maksud Surah Yusuf Ayat 4 (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: 

""Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku""

 *Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf* Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39. 

Maksudnya: "dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu."

 Caranya: 
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.doa pengasih,doa penyeri wajah muka, doa pemanis wajah muka

 Peringatan - Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. 

Gunakan *doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf*  ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Lawatan Ke Klinik Kulit

Pagi - pagi lagi dah bangun arini sebab ada appointment dgn pakar kulit...hehe..tapi bukan saya..adik saya...klinik ni agak femes dekat tanjung tualang...ni kali ketiga kami datang...hari sabtu setengah hari je bukak...biasa memang datang ari sabtu pun sebab semua cuti... Sampai 8 lebih dapat nombor 22..ramai betul orang..beratur n menunggu sampai keluar klinik...haha..bab harga jangan ditanya..kalau dah pakar tu setiap kali datang harus rm200++..tu sebab kena datang time gaji... Sambil menunggu makan jap kat kedai sebelah klinik ni...kira kedai makan ni pun dapat tempias jgk..ramai org dtg klinik ramai dtg mkn sebab ni pekan cina..kedai mkn ni je satu- satunya kedai muslim....haha... Oh ya..pada yang pernah datang..nama klinik ni Nagoke....

update...


rambut saya yang dah kurang gugur

Nak cerita tentang rambut saya yang dah kurang gugur...rahsianya sebab saya minum Ephyra..ada baca testimoni ni dalam blog IntanBerlian n saya pun tertunggu-tunggu bila nak rasa sendiri pengalaman ini... Sejak dah beranak tiga ni memang hebat betul penangan rambut gugur saya...naik tension bila nak basuh rambut...dua tiga hari minum Ephyra saya tak rasa sangat tapi ni dah sekotak trial pek tu habis n saya dapat tengok sendiri memang dah kurang gugur rambut saya.... Kalau nak kata tak gugur langsung itu menipu namanya...hehe tapi memang kurang sungguh..adalah sikit sangat...tak la macam selalu sampai berbelit- belit jari saya...haha...Keizinan dari Allah juga.... Tak sabar nak tengok perubaan lain yang terjadi pada saya bila minum Ephyra ni...nanti saya hapdet lagi ok...kalau nak order contact je Zarina IntanBerlian..sori saya serba susah nak boh link sebab guna handphone ni...tapi rasanya sapa yang tak kenal InanBerlian kan...hikhik.... Oh ya...rasa Ephyra ni memang sedap tau..rasa oren sangat...rasa nak minun dua tiga pek sekali...hahahaha....

updated blog guna handphone

Terubat rasa rindu menghapdet blog bila saya dapat juga update tapi guna handphone jela...nak menaip tu memang hazapp rasanya ditambah pulak dengan typing error..tak boleh nak edit..tak reti nak boh label.. So kalau korang baca entry yg macam skema je tu paham-paham jela ye...hihi...at least takde la saya dok peram entry saya ni...haa..satu lagi nak boh gambar pun payah... Apa nak kata berukben saya dah over limit...huahua...baru lepas layan Maharaja Lawak Mega...kelakar tak henggat Sepahtu..Shiro n Jambu.....Good nite semua.....

26 December 2013

Saya dah try Ephyra

Mesti ramai antara korang pernah dengar tentang produk Ephyra kan..betul tak spelling saya... Sebenarnya nak bagitahu yang saya tengah mencuba produk Ephyra ni..saya beli daripada Zarina IntanBerlian... saya try yang pek percubaan dulu..itupun sebab Ina berjaya mempengaruhi saya dengan testimoninya...adalah daam 8 hari dah saya try...ada perbezaan tak??? haruslah ada cuma sikit n banyak la..tapi saya tak nak story dulu..saya cerita next time okay... Nak bgitau ni saya beli dengan harga kasih sayang daripada Ina tau...hihi..Ina lepas ni yana nak order lagi ye..



p/s - saya dah boh link blog ina dekat entry ini....

sofiya masuk PRA SEKOLAH

Nak cerita pasal puteri saya yang selalu mengaku cantik tu.. tahun depan ni Sofiya dah masuk 6 tahun.. bermakna bermulalah tadika yang sepatutnya untuk dia.. maknanya takda main-main dah.. kena bersungguh sikit..  Saya dah daftarkan Sofiya ke Pra sekolah dekat Sekolah Haikal.. konsep dia macam sekolah betul tapi pendedahan lebih kepada play school.. tak terlalu tegas n bukan jugak untuk bersantai-santai... Kalau ikutkan sebelum ni kan Sofiya sekolah dekat Tadika Intelek kan... cumanya dia ni mcm nakal sikit.. jadi saya tukar kan ke Pra Sekolah tahun depan ni.. harapan saya supaya perangai dia yang agak nakal tu akan kurang sikit bila bergaul dengan kawan- kawan baru disamping dpt belajar corak pembelajaran baru.. hihihi.. Hari isnin yg lepas saya dah pun daftar n dengar taklimat untuk Pre School ni..agak baik sebab diorg dah siapkan aktiviti sepanjang tahun 2014 nanti tau... so anak ibu.. harapan ibu Sofiya dapat suasana belajar yg baru.. kawan baru.. cikgu baru.. doa ibu anak ibu jadi lebih gegel n lemah lembut... jadi anak yg baik ye Sofiya.... Nanti saya upload gambar Sofiya dengan uniformnya.. hihi...



18 December 2013

Kekecewaan

Dalam rasa kekecewaan yang amat mendalam ini..cuba bermuhasabah diri..bahawasanya banyak lagi perkara yang lebih buruk yang terjadi pada orang lain jika dibandingkan dengan diri ini...cuba untuk memikirkan secara positif biarpun hati tetap bersedih dan terdetik kenapa saya yang perlu terima semua dugaan ini... Dan terfikir lagi...Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri...Sabar okay...ini bukan brmaksud berakhirnya hidup cuma mungkin untuk menjadikan saya lebih kuat dan tabah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...